Sunday, December 28, 2008

HUDUD PERLU RUJUK ULAMA'

Baru-baru ini negara dikecohkan dengan kenyataan yang dikelauarkan oleh pakatan pembangkang terutama oleh parti PAS yang ingin melaksanakan dasar perjuangannya untuk menjadikan negara ini sebuah negara Islam yang mana undang-undang berdasarkan hukum HUDUD. Namun dalam pakatan pembangkan itu wujud juga penentangan oleh parti bukan Islam yang tidak sehaluan dalam pelaksaan hukum hudud ini dan memang sesuailah kerana mereka bukan Islam dan mereka tidak membaca Al- Quran.
Dalam kehangatan itu juga yang menghairankan penembak ialah orang Islam itu sendiri yang menolak hukum Islam ini. Kalau keadaan sedemikian wujud maka layaklah kita mengatakan orang yang menentang hukum Islam ini bukan lagi orang Islam dan perkataan yang sesuai dan sangat sesuai ialah KAFIR.
Baru-baru ini debat yang berkaitan hukum hudud yang dilaksanakan di Balai Islam Lundang Kota Bharu, pendebatnya memang tidak asing lagi bagi kita kerana mereka berdua merupakan ahli politik negara, bagi penembak kedua-dua ini tidak beberapa arif tentang hukum hudud namun yang membezakan mereka berdua ini ialah idealogi yang mana seorang ni ingin melaksanakan hukum Allah swt (hudud) manakala seorang lagi ini sudahlah jahil tetapi terang-terang menolak hukum Allah swt. Dalam perdebatan mereka itu memanglah bagi penembak tajuknya tidak sesuai kerena mereka berdua bukan dari ahlinya. Tajuk tersebut seharusnya dibincang dikalangan ulama' ataupun orang yang arif tentang hukum Allah swt barulah kesesuainan dan keadilan itu deketahui umum. Namun apa yang menyedihkan penembak ialah yang seorang ni, kerana pangkat dan dunia sanggup menolak dan melawan hukum Allah swt dan penembak mendoakan semoga Allah swt membuka pintu hatinya untuk sama-sama menjadi manusia yang membela hukum Allah swt.
Dalam kejahilan ilmu penembakpun, penembak tahu yang mana hukum hudud ini adalah amat sesuai dilaksanakan dibumi Allah swt ini kerana Dia yang menjadikan dunia ini dan Dialah yang mengetahui hukum hakam yang terbaik untuk dilaksanakan. Kita tidak payah masuk Kristian, Yahudi dan Nasrani, tetapi kita hanya menolak hukum Allah swt bererti kita sama macam dengan Kristian, Yahudi dan Nasrani.
Fikir-fikirkan kerana kita ada akal yang mampu berfikir, ingatlah Allah swt akan tanya akal kita nanti apakah kita guna untuk berfikir perkara yang sepatutnya atau perkara yang tidak sepatutnya.

Saturday, November 1, 2008

Senjata Israel...

Israel merupakan musuh utama ummat Islam dari dahulu sampai hari kiamat. Ini di jelaskan oleh Allah swt di dalam al-Quran. Firman Allah swt yang bermaksud " Sesungguhnya orang Yahudi dan Nasrani tidak meredhakan kamu wahai Muhammad sehingga kamu mengikut jejak langkah mereka".

Sebenarnya tentera-tentera israel ini semuanya penakut dan pengecut dan mereka tidak ada keberanian langsung. Kekuatan mereka hanya terletak pada kecanggihan senjata yang mereka gunakan sahaja. Ini dibuktikan apabila mereka yang jumlahnya ramai hampir 2000 orang dan bertempur dengan tentera Hizbullah yang jumlahnya hanya 300 orang, namun mereka tewas. Ini menunjukkan bahawa mereka sangat penakut dan tidak berani untuk bertempur dengan tentera Islam yang sanggup syahid.

Ini merupakan gambar senjata mereka yang terbaru yang canggih:









model pistol yang ditembak secara sembunyi.

















model pelancar granite











Tentera Israel menggunakan pelancar roket yang direka khas.











Tentera Israel menggunakan model pistol yang diubahsuai













Tentera Israel menggunakan model HKMP-5 yang diubah suai..






Saturday, October 25, 2008

Bila Hati Mula Busuk...

Tatkala aku membawa senapang aku, aku berjumpa dengan seseorang di dalam hutan yang turut memburu, cuma bezanya dia hanya memasang jerat dan menggunakan alat-alat memburu yang kebanyakkan pemburu hari ini tidak lagi menggunakannya. Namun apabila melihat aku bersama senapang aku, dia terus kata pada aku bahawa hutan ini terkawal dan tidak boleh memburu, padahal dia juga memburu. Aku memburu dengan lesen yang sah, manakala dia belum tentu ada lesen kerana alat yang digunakan pun tidak berdaftar dengan jabatan perhilitan.
Tatkala itu aku baru teringat bahawa dia hanyalah dengki kerana takut semua binatang yang ada dalam hutan ini habis ditembak oleh aku. Aku bukannya gila sangat nk tembak semua binatang kerana peluru yang aku bawa pun just hanya untuk menembak 35 das sahaja. Aku pun teringat bahawa bila sifat dengki itu muncul dalam diri seseorang, maka dia sanggup membenci dan memusuhi orang lain hatta adik beradik sendiri. Ini apa yang dipesan oleh umie aku semasa aku berada di luar negeri bahawa kita jangan sesekali mempunyai perasaan dengkin dan jika ia muncul dalam hidup kita.terus kita buangkan agar ia tidak merebak ke tempat yang lain takut-takut nanti menjadi lebih parah.
Berbalik kepada kisah ku di luar negeri, aku berkenalan dengan seseorang yang ada jawatan yang tinggi daripada aku, namun kerana sifat sombongnya itu aku yang tidak ada kepentingan ini pun turut di tindas olehnya. walaupun aku bersedih tapi bernasib baik ada juga orang lain yang masih memerlukan aku sehingga kau terkanal sekarang...

Sunday, October 19, 2008

Ekspo Konvoesyen UUM Lesu...

Ekspo konvokesyen UUM kali ke- 21 sesi kedua yang bermula pada 17 - 21 Oktober 2008 kurang mendapat sambutan daripda pelbagai pihak. Ini termasuk gerai jualan yang semain berkurangan berbanding dengan sesi 1 dahulu. Selain itu kunjungan ke tapak jualan juga tidaklah memberansangan. Menurut seorang peniaga di tapak ekspo, kunjungan daripada orang ramai ke gerainya amat berkurang jika berbanding dengan sesi yang lepas. Ini mungkin pihak peniaga mengalam kerugian yang banyak dan tidak mampu mengembalikan modal kerana sewa tapak jualan pun semakin meningkat.
Namun apa yang saya rasa ekspo konvokesyen kali ini kurang mendapat sambutan adalah kerana ini sesi ke 2 dan jumlah yang datang untuk menerima ijazah pun sedikit bermakna kunjungan orang ramai ke gerai berkurangan. Selain itu pelajar uum sendiri kurang mengunjungi gerai mungkn kerana sekarang ini sudah akhir semester dan mungkin duit pun berkurangan. Tambahan sudah dekat dengan waktu peperiksaan akhir semester. Jadi banyak faktor yang boleh dikatakan punca kepada kurangnya kunjungan ke gerai karnival konvokesyen kali ini.
Namun apa yang mengharapkan kita semua ialah, walaupun kunjungan berkurangan kali ini tetapi kita lebih tumpukan perhatian kepada pembelajaran kita kerana ijazah bukan dinilai kepada kejayaan ekspo konvokesyen kita tetapi kepada kejayaan akademik dan pengajian kita selama mana kita berada di universiti.
Oleh itu marilah kita semua bangkit untuk terus maju dalam segenap aspek yang kita ceburi.

Saturday, October 18, 2008

Pemilihan MPP UUM

Proses pemilihan mpp uum tahun ini (2008/2009) memperlihatkan hanya sebilangan pelajar sahaja yang sudi menawarkan diri untuk menjadi mpp uum kali ini. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya yang boleh dikatakan ramai calon yang sudi untuk bertanding bagi merebut jawatan mpp. Namun tahun ini hanya 13 dari calon untuk merebut 11 kerusi umum manakala 32 calon untuk merebut 24 kerusi dari kolej akademik CAS, COLGOS, COB.
Peratus pengundian tahun ini dikatakan meningkat berbanding tahun lepas setelah tindakan yang diambik oleh pihak timbalan naib canselor hal ehwal pelajar, iaitu kepada pelajar yang tidak turun mengundi hendaklah menghantar surat tunjuk sebab kepada TNC HEP. Oleh sebab yang demikian ramai pelajar uum yang turun membuang undi pada kali ini namun disebalik peningkatan jumlah pengundi itu peningkatan pada jumlah undi rosak turut meningkat. Ini menunjukkan protes yang dibuat oleh pelajar uum terhadap Jabatan Hal Ehwal Pelajar ataupun pihak pentadbiran universiti. Ini merupakan protes peribadi terhadap HEP kerana kebanyakan kebajikan pelajar uum kurang diambil perhatiaan oleh pihak HEP malah pihak pentadbiran uum hanya tertumpu kepada melaksanakan projek-projek untuk meningkatkan nama universiti. Dari segi menjaga kebajikan dan meningkatkan nama pelajar kurang diberi tumpuan oleh pihak HEP UUM kerana bagi mereka melaksanaka projek akan meningkatkan nama universiti sedangkan sekiranya mereka menjaga kebajikan dan akademik pelajar turut meningkatkan imej universiti di mata dunia kerana pada hari ini org tidak lagi melihat berapa projek yang kita penah buat tetapi kebanyakkan orang menilai kemajuan kita ialah berapa jumlah pelajar yang mendapat ijazah kelas satu atas atau 4.0.
Jadi untuk pilihan raya kali ini ramai yang membuat undian rosak dan mereka tidak mahu mengundi sebab kebanyakkan pelajar yang turun mengundi itu mereka tidak mengenali calon-calon mereka dan akhirnya mereka yang menang pilihan raya tidak langsung menjaga kebajikan mereka. Malah yang lebih parah lagi ialah MPP itu dijadikan slogan dan hanya pada nama semata-mata. Apa yang dibuat oleh ahli majlis MPP itu ialah Majlis Perwakilan Pegawai yang mana mereka tidak menghiraukan rakan-rakan pelajar yang lain, tetapi mereka lebih menjaga hak-hak pegawai. Akhirnya kebajikan pelajar yang mengundi mereka tidak terjaga dan tidak diambil tahu langsung. Apa yang mereka jaga ialah hati pegawai takut-takut mereka tidak mendapat keputusan untuk subjek MPP itu gagal.
Oleh yang demikian timbullah mpp yang propegawai sehingga ada yang sanggup menghina rakan sejawatan sendiri untuk mengampu pegawai yang mereka inilah yang terbaik dan yang rajin membantu pegawai. Ada juga yang sanggup menjadi tali barut pegawai dan bermuka-muka dengan rakan sejawatan mereka kerana ingin mendapat anugerah dan pujian dari pegawai.
Namun nasihat saya kepada MPP yang baru dilantik ini ialah mereka menjaga kebajikan pelajar yang turun mengundi mereka untuk melantik mereka sebagai wakil kepada pihak pengurusan univeristi. MPP yang baru ini harus mendengar dan menimbang permintaan pelajar dahulu berbanding dengan permintaan dan mendengar kehendak pegawai.
sekian terima kasih

Monday, October 13, 2008

Pilihanraya Kampus...

Bulan oktober ini kita sering diperhangatkan dengan arena ahli-ahli politik Malaysia, baik bagi kerajaan yang ditadbir oleh sebuah parti UMNO dan juga pembangkan yang diwar-warkan sebagai Pakatan Rakyat. Hari ini kehangatan politik dalam kerajaan Malaysia kerana proses peralihan tapuk kepimpinan yang dipegang oleh Perdana Menteri iaitu Abdullah kepada timbalannya,Najid tidak lama lagi. Pada bulan ini juga kita dipanaskan dengan proses pemilihan wakil-wakil untuk mengisi jawatan bagi Ahli majlis tertinggi UMNO dan sebagainya lagi. Tidak kurang juga dikalangan ahli pakatan Rakyat bahawa impian untuk mengambil alih dan menukar pentadbiran kerajaan Malaysia yang menjadi impian mereka tercapai.
Manakala diperingkat universiti juga pada bulan ini menjadi hangat memperkatakan tentang pemilihan wakil pelajar untuk keperingkat pentadbiran universiti. Memang setiap tahun pilihanraya kampus akan berlangsung di setiap universiti tempatan untuk memilih wakil-wakil daripada kalangan pelajar untuk mengisi jawatan sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar di setiap universiti. Di universiti Utara Malaysia proses penamaan calon telah berlangsung pada 12/10/2008 iaitu pada hari Ahad lau dan ramai di kalangan pelajar yang terlibat untuk menjadi calon bagi mengisi kerusi yang dipertandingkan. Di UUM apa yang saya perhatikan sepanjang meninjau proses penamaan calon baru-baru ini, memperlihatkan pertandingan sengit tiga penjuru iaitu parti Prokerajaan atau Aspirasi yang memang mengusai di setiap universiti, wakil daripada Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan wakil dari calon-calon bebas. Kehangatan itu semakin terasa kerana pilihan raya kampus akan berjalan pada 15/10/2008 iaitu pada hari Rabu ini dan UUM merupakan universiti yang pertama yang akan mengadakan pilihanraya kampus.
GPMS menghantar seramai 4 orang wakil yang terdiri daripada presidennya sendiri dan beberapa ahli MT yang lain. Manakala calon daripada Aspirasi yang sememangnya menjadi tradisi untuk menghantar wakil yang kurang berkredibilitinya kerana hampir kebanyakkan calonnya diambil kerana terdesak oleh para pegawai wakil kerajaan. Namun itulah rancangan Aspirasi yang hanya mementingkan ahlinya sahaja yang menang tanpa mengambil kira kemampuan calon-calonnya untuk menjaga kebajikan pelajar. Namun bagi calon-calon bebas pula menampakkan kesungguhan untuk berkempen bagi memenangi pilihan raya kali ini.
Semasa saya duduk di perpustakaan sultanah Bahiyah pada petang tadi, sempat juga bersembang dengan wakil calon dari GPMS yang bersungguh-sungguh untuk menjadi MPP bagi kali yang akan datang. Harapannya ialah setelah dia menjadi MPP nanti dia berjanji menjaga kebajikan pelajar UUM khususnya dan membawa imej UUM keperingkat antarabangsa. Harap-harap apa yang dijanjikannya menjadi kenyataan setelah dia menjadi MPP nanti.
Namun di UUM kali ini ada juga seorang bekas ahli MPP sesi lepas yang turut bertanding bagi mengekalkan jawatan MPP yang sedia ada. Tidak kisahlah berapa tahun dia ingin menjadi MPP tapi apa yang penting ialah dia seharusnya menjadi ahli MPP yang lebih baik daripada sebelumnya. Kalau dulu asyik dengan perempuannya maka untuk kali akan datang ini beliau lebih dengan semua mahasiswa-mahasiswa uum yang lain juga dan menjaga kebajikan pelajar-pelajar yang lain. Harapan saya untuk semua calon-calon yang akan bertanding pada kali ini ialah, ingatlah darimana kita datang, siapakah yang mencalonkan kita, dan apakah jasa kita terhadap mereka yang mencalonkan kita mambolehkan kita menang dan menjadi MPP. Ingatlah semua calon-calon yang akan menjadi MPP nanti bahawa MPP itu bukanlah majlis perwakilan PEGAWAI, tapi majlis perwakilan PELAJAR dan jagalah kebajikkan pelajar dan bukan menjaga dan menjadi ANJING pewagawi yang mengikut sahaja apa yang pegawai minta sehingga membebankan pelajar.
Semoga pilihanraya kali ini melahirkan calon-calon yang berkaliber daripada sebelumnya kerana MPP merupakan nadi pelajarnya.
Sekian..

Sunday, October 5, 2008

Mencari Sasaran.....

Selepas solat asar pada petang sabtu sebelum raya, aku keluar bersama senapang patah laras satu milik sendiri. Hajat hati ingin menembak sang pelanduk untuk buat rendang masa raya nanti. Tiba sahaja dekat hutan simpan, aku memasukkan penabur no 4 jenis Rimba ke dalam barrel dan terus menuju ke hutan. Bila masuk ke hutan aku melihat sekeliling dan perasaan aku berubah kerana hutan yang dahulunya tidak diganggu kini bertukar menjadi tempat penebangan balak haram. Aku yakin bahawa tiada lagi binatang seperti pelanduk untuk aku tembak kerana babi pun takut untuk tinggal di kawasan yang terang benderang dicuci oleh manusia yang tidak bertanggungjawab mencuri balak. Aku terus tercari-cari kawasan sasaran untuk dijadikan tempat melepaskan tembakan kerana aku yakin senapang aku sudah lama tidak memuntahka pelurunya. Namun sampai maghrib aku di hutan belantara itu masih lagi belum menjumpai tempat sasaran senapang aku. Aku tidak kecewa kerana tidak dapat hasil pemburuan pada hari itu, tapi apa yang mengecewakan aku ialah hutan yang menjadi hutan simpan kekal itu telah dicuri oleh manusia yng tidak bertanggungjawab dan aku juga kesal dengan sikap kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan yang aku anggap malas bekerja untuk mengawal hutan agar tidak diceroboh oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ini kerana bukan sahaja balak yang dicuri tetapi pembukaan hutan juga turut berlaku dan itulah yang aku anggap Jabatan Perhutanan malas bekerja kerana hutan simpan kekal boleh dibuka untuk tanah pertanian.
Jadi saya amat berharap agar Pihak yang bertanggungjawab membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas ke mereka yang di dapati bersalah. Di sini saya maklum kepada Jabtan Perhutanan Negeri Kelantan bahawa hutan yang diceroboh ialah di kawasan Kampung Kemuncup dalam kawasan hutan rizab kekal Temangan. Kira-kira 5 ekar tanah telah dibuka untuk pertanian dan kecurian balak di anggarkan melebihi 30 batang atau lebih dari 15tan.

Tuesday, September 23, 2008

Bugshoot Untuk Pak Leh!!!!

Dah lama aku termenung mengingatkan diriku. Setiap kali itu juga aku terkenang perbuatan orang yang bernama Pak Leh terhadapku. Sanggup dia mengatakan yang diriku ini mahu merampas jawatan Pengarah yang dia pegang, mungkin dia ingat aku ni boleh merampas jawatan dia. Aku masih lagi budak mentah yang mahu belajar dahulu, jauh di benak pemikiran aku untuk merampas jawatan yang dia pegang. Aku tahu and masih sedar bahawa aku ni seorang pelajar di sebuah universiti di utara tanah air dan Pak Leh pula pengarah di salah sebuah pusat di tempat aku belajar.
Dalam ketermenungan aku itu aku mengingatkan kisah Pak Leh yang dia buat pada aku semasa kami ke Kuala Kangsar untuk buat program baktisiswa. Di situ aku bersusah payah untuk Pak Leh, tapi sedih dan kecewa bila Pak Leh mempersalahkan diri aku bila dia tidak dapat duduk sepentas dengan pengarah-pemgarah di jabatan kerajaan semasa program berlangsung.
Pada hari itu aku tidaklah terasa sangat tapi apa yang aku terasa bila dia kata yang aku nak ambil jawatan pengarah yang dia pegang. Aku terus boikot program dia dan juga anak -anak buah dia. Aku terus berfikiran yang mana aku mahu menghadiahkan sebiji BUGSHOOT untuknya sebagai tanda kenangan dari aku agar dia tidak akan menyusahkan hidupku lagi. Tapi aku berfikir panjang yang mana Pak Leh ada anak dan isteri (dua pulak tu bini dia). So aku kira tak jadilah. Tapi ingat Pak Leh mungkin suatu hair nanti aku akan hadiahkan kau dengan Bugshoot, paling tidak pun penabur nombor 4 yang aku import dari Thailand.
ok itu sahaja sekadar untuk meluahkan perasaan kecewa dengan orang yang bernam Pak Leh.

Sunday, August 31, 2008

Kelebihan Ramadhan

Sepertimana yang kita maklum bahawa setiap kali kedatangan Ramadhan, semua ummat Islam tidak sabar-sabar untuk menanti kedatangannya kerana di dalamnya mengandungi banyak kelebihan dan keistimewaan. Bagi mereka yang mengharap keimanan, mereka akan menantinya dengan penuh kesabaran dan kekusyukkan manakala bagi mereka yang mengharapkan makanan yang dijual pada bulan Ramadhan lebih enak, maka mereka akan memperolehi seperti mana yang mereka harapkan. Di dalam bulan ini Allah swt menjanjikan bahawa pada permulaannya bulan itu ialah keampunan, pertengahannya kerahmatan dan di akhirnya ialah dijauhkan dari azab api neraka.
selain itu di dalam bulan Ramadhan juga terdapat satu malam yang sekiranya kita melakukan ibadah pada malam tersebut, ibadah kita akan dinilai sepertimana ibadah seribu bulan atau 83 tahun dan 4 bulan iaitu malam Lailatul Qadr. Inilah nikmat kurniaan Allah swt kepada hamba-hambaNya yang tidak terdapat pada ummat yang lain kecuali ummat nabi Muhammad saw.
Sebagai kesimpulannya, marilah kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah swt sepanjang bulan Ramdhan yang mulia ini.
Ingat jangan lepaskan peluang iniiiii

Thursday, August 28, 2008

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...

Di saat penantian dalam hidup ini, sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan yang penuh dengan keberkatan, bulan kerahmatan dan bulan keampuanan bagi kita ummat Islam iaitu bulan Ramadhan. Bagiku kedatangannya kali ini penuh pengharapan agar aku diberi keampunan oleh Allah swt di atas kesilapan yang aku lakukan sepanjang tahun. Maklumlah diriku ini seorang insan yang tidak lari daripada melakukan dosa dan maksiat kepadaNya. Kedatangannya juga aku mengharapkan ianya lebih baik dari Ramadhan tahun lepas kerana bagiku inilah masanya untuk kita tingkatkan keimanan kepada Allah swt.
Wahai sahabat-sahabatku sekalian, ketahuilah bahawa kurniaan Ramadhan ini merupakan nikmat yang cukup besar oleh Allah swt kepada kita sebagai ummat nabi Muhammad saw yang mana ianya tidak dikurniakan kepada ummat sebelum kita walaupun puasa tetap sama seperti ummat terdahulu tetapi ganjarannya cukup berbeza. Setiap amalan sunat akan digandakan seperti amalan wajib manakala yang wajib pula akan digandakan sebanyak 70 kali ganda, inilah nikmat kurniaan Tuhan kita. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan amalan-amalan seharian kita terutamanya amalan sunat kerana inilah masanya untuk kita tingkatkan ketaqwaan kita.
sahabat-sahabatku sekalian, jadikanlah bulan Ramadhan sebagai universiti yang mengajar kuliahkuliah ibadah, tutorial iman, assignment ketaqwaan dan amali-amali agama agar kita memperolehi ijazah yang cemerlang di dunia dan di akhirat. insyaallah...
oleh itu saya menyeru diri saya dan rakan-rakan sekalian, janganlah kita melepaskan peluang untuk beramal sebanyak mungkin di bulan yang penuh dengan keberkatan ini kerana kita tidak tahu lagi adakah kita akan bertemunya lagi pada tahun hadapan. JOM BERAMAL!!!!!!!!!!!11

Tuesday, August 26, 2008

Penjelajahan Seorang Pemburu....

Sudah lama aku meninggalkan tanah kelahiranku dan kini aku menetap di utara tanah air dalam memburu hala tuju hidupku. Walaupun aku berada jauh di negeri orang tapi hatiku masih lagi teringat pada senapang patah, hutan dan binatang di negeri Cik Siti Wan Kembang. Namun sudah ditakdirkan aku menjadi pemburu di negeri orang, maka aku terpaksa akur dan redha, kerana apa yang aku jumpa di sini juga sangat-sangat berbeza dengan apa yang ada di negeri aku. Senapang yang aku guna di sini pun jauh lebih hebat berbanding dengan apa yang ada di kampungku. Ini mungkin kerana aku mudah dikenali di sini sehinggakan orang memberi kepercayaan kepada aku untuk memiliki senjata demi memburu buruan yang amat berharga dan tidak ternilai tingginya. Kini sudah hampir dua tahun aku memburu di negeri orang dan sudah dua kali masuk bulan puasa. Insyallah kali ini akan menjadi kali yang ketiga dan aku juga tidak lepaskan peluang yang ada demi mencapai matlamat aku untuk mendapatkan hasil buruan yang teramat tinggi harganya dalam Ilam..

Sunday, July 13, 2008

Bertemu Pemburu Haram..

Di saat aku meninggalkan matrikulasi dahulu, ramai kawan-kawan aku tidak hubungi mereka, maklumlah masing-masing bawa diri sendiri. Namun ada juga kenalan-kenalan aku semasa matrik dulu yang sangat dengki dengan aku dan baru-baru ini kami bertemu. Aku buat macam biasa tetapi dia yang lebih-lebih datang menegur aku.

Dalam lubuk hati kecil aku ini masih lagi basah dan segar mengingatkan apa yang telah dia buat pada aku dahulu. Peristiwa itu aku hanya baru semalam berlaku, namun itulah takdir Tuhan Yang Esa yang menemukan kami. Walaupun sudah 2tahun kami meninggalkan matrikulasi, tetapi kenangan yang dia buat pada aku dulu tetap aku tidak lupa. Aku masih ingat lagi, bukan sahaja jawatan yang aku telah hilang kerana dia, sahabat yang setia dengan aku juga tidak percaya pada aku kerana hasutannya.

Tetapi aku amat bersyukur kerana tatkala aku dibenci oleh sahabat sendiri namun ada yang masih mempercayai aku dan aku sangat berterima kasih kepada 2 orang sahabat aku ini. Yang setia dan yakin dengan kebenaran berpihak kepada aku. Setelah 2 tahun berlalu, sahabat yang telah meninggalkan aku bersendirian dulu menghubungi aku dan memohon kemaafan keran kesilapannya mempercayai si budak yang menghasutnya. Namun aku sebagai hamba-Nya merendah diri memaafkan sahabat aku itu kerana lagikan Allah mengampuni dosa hamba-Nya, inikan aku yang hina dina.

Kelmarin 12 Julai aku terjumpa dengan si budak yang menjatuhkan aku dahulu dan terkejut beruk dia apabila melihat diri aku. Tidak tersangka olehnya kerana berjumpa dengan aku lagi. Aku terfikir bahawa dunia ini kecil sahaja kerana ke mana dia lari dari aku tapi aku tetap berjumpa dengannya. Namun inilah diri aku yang sentiasa dihina, dihamun dan dibenci oleh manusia kerana aku menjalankan undang-undang yang berteraskan Islam.

Thursday, July 10, 2008

Apabila Senapang Meletup...

Tatkala aku termenung panjang di salah sebuah bukit di utara tanah air, aku terdengar sayuan letupan dari arah bukit tersebut. Aku terfikir mungkin ini letupan dari senapang patah pemburu dari bukit itu..
Ketika itu juga aku teringat masa usia muda dahulu dan juga senapang patah milik aku yang kini tersimpan di negeri Cik Siti Wan Kembang. "Dah lama aku tidak menembak, macam mana keadaan senapangku", itulah yang terlintas di fikiranku. Aku teringat masa usia muda aku ketika kuat memburu di salah sebuah kampung di Jajahan Machang. Begitu juga senapangku yang sudah tidak memanaskan larasnya dengan letupan peluru. Seingat-ingat aku, sudah 4 tahun aku tidak menembak. Maknanya sudah 4 tahun senapang aku tidak digunakan.
Beginilah nasib seorang pejuang yang meninggalkan minatnya, senapang kesayangannya untuk berjuang di utara tanah air.
Namun dalam perjuangan tersebut aku merasakan kesusahan yang aku alami lebih susah daripada memburu binatang liar di hutan belantara, kerana perjuangan ku kali ini berhadapan dengan musuh yang bernama manusia yang lebih ganas daripada sang harimau di hutan.
Namun begitulah nasib seorang pejuang bangsa yang berkorban untuk negara dan agama.