Sunday, July 13, 2008

Bertemu Pemburu Haram..

Di saat aku meninggalkan matrikulasi dahulu, ramai kawan-kawan aku tidak hubungi mereka, maklumlah masing-masing bawa diri sendiri. Namun ada juga kenalan-kenalan aku semasa matrik dulu yang sangat dengki dengan aku dan baru-baru ini kami bertemu. Aku buat macam biasa tetapi dia yang lebih-lebih datang menegur aku.

Dalam lubuk hati kecil aku ini masih lagi basah dan segar mengingatkan apa yang telah dia buat pada aku dahulu. Peristiwa itu aku hanya baru semalam berlaku, namun itulah takdir Tuhan Yang Esa yang menemukan kami. Walaupun sudah 2tahun kami meninggalkan matrikulasi, tetapi kenangan yang dia buat pada aku dulu tetap aku tidak lupa. Aku masih ingat lagi, bukan sahaja jawatan yang aku telah hilang kerana dia, sahabat yang setia dengan aku juga tidak percaya pada aku kerana hasutannya.

Tetapi aku amat bersyukur kerana tatkala aku dibenci oleh sahabat sendiri namun ada yang masih mempercayai aku dan aku sangat berterima kasih kepada 2 orang sahabat aku ini. Yang setia dan yakin dengan kebenaran berpihak kepada aku. Setelah 2 tahun berlalu, sahabat yang telah meninggalkan aku bersendirian dulu menghubungi aku dan memohon kemaafan keran kesilapannya mempercayai si budak yang menghasutnya. Namun aku sebagai hamba-Nya merendah diri memaafkan sahabat aku itu kerana lagikan Allah mengampuni dosa hamba-Nya, inikan aku yang hina dina.

Kelmarin 12 Julai aku terjumpa dengan si budak yang menjatuhkan aku dahulu dan terkejut beruk dia apabila melihat diri aku. Tidak tersangka olehnya kerana berjumpa dengan aku lagi. Aku terfikir bahawa dunia ini kecil sahaja kerana ke mana dia lari dari aku tapi aku tetap berjumpa dengannya. Namun inilah diri aku yang sentiasa dihina, dihamun dan dibenci oleh manusia kerana aku menjalankan undang-undang yang berteraskan Islam.

Thursday, July 10, 2008

Apabila Senapang Meletup...

Tatkala aku termenung panjang di salah sebuah bukit di utara tanah air, aku terdengar sayuan letupan dari arah bukit tersebut. Aku terfikir mungkin ini letupan dari senapang patah pemburu dari bukit itu..
Ketika itu juga aku teringat masa usia muda dahulu dan juga senapang patah milik aku yang kini tersimpan di negeri Cik Siti Wan Kembang. "Dah lama aku tidak menembak, macam mana keadaan senapangku", itulah yang terlintas di fikiranku. Aku teringat masa usia muda aku ketika kuat memburu di salah sebuah kampung di Jajahan Machang. Begitu juga senapangku yang sudah tidak memanaskan larasnya dengan letupan peluru. Seingat-ingat aku, sudah 4 tahun aku tidak menembak. Maknanya sudah 4 tahun senapang aku tidak digunakan.
Beginilah nasib seorang pejuang yang meninggalkan minatnya, senapang kesayangannya untuk berjuang di utara tanah air.
Namun dalam perjuangan tersebut aku merasakan kesusahan yang aku alami lebih susah daripada memburu binatang liar di hutan belantara, kerana perjuangan ku kali ini berhadapan dengan musuh yang bernama manusia yang lebih ganas daripada sang harimau di hutan.
Namun begitulah nasib seorang pejuang bangsa yang berkorban untuk negara dan agama.