Tuesday, August 26, 2008

Penjelajahan Seorang Pemburu....

Sudah lama aku meninggalkan tanah kelahiranku dan kini aku menetap di utara tanah air dalam memburu hala tuju hidupku. Walaupun aku berada jauh di negeri orang tapi hatiku masih lagi teringat pada senapang patah, hutan dan binatang di negeri Cik Siti Wan Kembang. Namun sudah ditakdirkan aku menjadi pemburu di negeri orang, maka aku terpaksa akur dan redha, kerana apa yang aku jumpa di sini juga sangat-sangat berbeza dengan apa yang ada di negeri aku. Senapang yang aku guna di sini pun jauh lebih hebat berbanding dengan apa yang ada di kampungku. Ini mungkin kerana aku mudah dikenali di sini sehinggakan orang memberi kepercayaan kepada aku untuk memiliki senjata demi memburu buruan yang amat berharga dan tidak ternilai tingginya. Kini sudah hampir dua tahun aku memburu di negeri orang dan sudah dua kali masuk bulan puasa. Insyallah kali ini akan menjadi kali yang ketiga dan aku juga tidak lepaskan peluang yang ada demi mencapai matlamat aku untuk mendapatkan hasil buruan yang teramat tinggi harganya dalam Ilam..

No comments: