Sunday, February 8, 2009

Politik Di Perak.

Bulan ini kita dikecohkan tentang ketidakstabilan politik di negeri Perak yang memeningkan rakyat jelata. Heboh di Malaysia memperkatakan tentang siapakah sebenarnya yang memerintah negeri itu, adakah dari Pakatan Rakyat atau dari BN-UMNO? Persoalan ini yang hangat kita dengar pada bulan ini. Namun begitu, kutuk mengutuk, kata mengata seringkali kita dengar di kalangan ahli politik dan mereka tidak langsung mencari jalan penyelesaian yang tepat berhubung isu perebutan jawatan pemerintah negeri. Hal ini akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan hak kebajikan rakyat tidak terjaga kerana masing-masing tengah berebut jawatan pemerintah dan tidak menjalankan tanggung jawab yang sepatutnya sepertimana yang dikehendaki oleh rakyat.

Dalam kekecohan itu juga campur tangan sultan Perak timbul bagi memastikan kestabilan politik berjalan dengan baik, namaun sebelum saya menghuraikan pandangan saya, terlebih dahulu saya memohon ampun kepada kebawah duli yang maha mulia Sultan Perak dan patik mohon izin untuk menyatakan pandangan patik sebagai rakyat tuanku. Tuanku sepatutnya tidak memihak kepada mana-mana parti politik kerana semua parti politik di dalam dengeri Perak adalah terdiri daripada rakyat tuanku, baik UMNO ataupun Pakatan Rakyat. Campur tangan tuanku sebenarnya akan menjejaskan emej tuanku sebagai sultan. Tuanku sepatutnya adil dalam menentukan siapakah yang layak untuk memerintah negeri tuanku dan keadilan ini pasti wujud sekiranya tuanku memberi peluang kepada rakyat Perak untuk menentukan siapakah yang mereka ingin untuk menjadi pemimpin mereka, dengan maksud yang lebih mudah, tuanku sepatutnya membubarkan DUN dan mengadakan pilhanraya yang baru dan memberi peluang kepada rakyat Perak untuk memilih pemimpin mereka. Sekiranya tuanku yang memihak kepada mana-mana parti politik, patik yakin keputusan tuanku itu akan memberi beban dan penderitaan kepada seluruh rakyat Perak kerana rakyat tuanku yang layak memilih pemimpin mereka.

Parti UMNO-BN sepatutnya tidak berselindung di sebalik kuasa Istana dengan harapan kerajaan yang baru itu di buat atas persetujuan istana. Namun begitu, untuk pengetahuan UMNO, tidak ada kuasa perlembagaan yang membenarkan kuasa seorang menteri besar itu lucut dengan arahan istana. Undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Perak hanya membenarkan kuasa menteri besar itu akan lucut sekiranya perletakkan jawatan secara suka rela dan tiada paksaan atau arahan daripada mana-mana pihak dan wujud undi tidak percaya dikalangan ahli dewan undangan negeri kepada menteri besar. Dengan ini memanglah sah UMNO berselindung di sebalik institusi beraja.

Bagi Pakatan Rakyat pula tidak sepatutnya menyaman Sultan kerana itu perbuatan menghina kewibawaan seorang Sultan. Sepatutnya keputusan yang dibuat oleh pihak sultan itu seharusnya diterima pakai dan sekiranya tidak berpuas hati juga perlulah merujuk kepada Institusi Kehakiman dan memberi peluang kepada Mahkamah untuk menentukan siapa yang benar. Sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah, bolehlah membuat petisyen dengan menghantar memorendum kepada Yang Dipertuan Agong kerana inilah cara kita berinteraksi dalam mencari jalan penyelesaian tanpa ada sebarang kekecohan dalam negara. Rakyat tidak sepatutnya menyaman Sultan di mahkamah kerana perbuatan tersebut akan memalukan insitusi beraja di negara kita.

Bagi mufti atau orang bijak pandai pula, tidak memutarbelitkan fakta dengan isu ini demi memihak kepada sesebuah parti politik. Mufti sepatutnya menjada Kemualiaan Agama dan bukan menjaga kepentingan sesebuah parti politik. Ini kerana ia juga akan menjatuhkan maruah Kesucian Agama dan kewibawaan ulama kita. Lebih baik kita sebagai mufti ini memikirkan bagai mana untuk memajukan rakyat daripa melakukan maksiat daripada kita membela sesebuah parti politik untuk menjaga kedudukan dan jawatan sahaja.

Kesimpulannya, sepatutnya kuasa yang menentukan siapakah yang layak untuk memerintah perak ini deberi peluang kepada rakyat untuk membuat keputusan mereka.

Sekian.

No comments: