Thursday, July 10, 2008

Apabila Senapang Meletup...

Tatkala aku termenung panjang di salah sebuah bukit di utara tanah air, aku terdengar sayuan letupan dari arah bukit tersebut. Aku terfikir mungkin ini letupan dari senapang patah pemburu dari bukit itu..
Ketika itu juga aku teringat masa usia muda dahulu dan juga senapang patah milik aku yang kini tersimpan di negeri Cik Siti Wan Kembang. "Dah lama aku tidak menembak, macam mana keadaan senapangku", itulah yang terlintas di fikiranku. Aku teringat masa usia muda aku ketika kuat memburu di salah sebuah kampung di Jajahan Machang. Begitu juga senapangku yang sudah tidak memanaskan larasnya dengan letupan peluru. Seingat-ingat aku, sudah 4 tahun aku tidak menembak. Maknanya sudah 4 tahun senapang aku tidak digunakan.
Beginilah nasib seorang pejuang yang meninggalkan minatnya, senapang kesayangannya untuk berjuang di utara tanah air.
Namun dalam perjuangan tersebut aku merasakan kesusahan yang aku alami lebih susah daripada memburu binatang liar di hutan belantara, kerana perjuangan ku kali ini berhadapan dengan musuh yang bernama manusia yang lebih ganas daripada sang harimau di hutan.
Namun begitulah nasib seorang pejuang bangsa yang berkorban untuk negara dan agama.

No comments: