Sunday, October 5, 2008

Mencari Sasaran.....

Selepas solat asar pada petang sabtu sebelum raya, aku keluar bersama senapang patah laras satu milik sendiri. Hajat hati ingin menembak sang pelanduk untuk buat rendang masa raya nanti. Tiba sahaja dekat hutan simpan, aku memasukkan penabur no 4 jenis Rimba ke dalam barrel dan terus menuju ke hutan. Bila masuk ke hutan aku melihat sekeliling dan perasaan aku berubah kerana hutan yang dahulunya tidak diganggu kini bertukar menjadi tempat penebangan balak haram. Aku yakin bahawa tiada lagi binatang seperti pelanduk untuk aku tembak kerana babi pun takut untuk tinggal di kawasan yang terang benderang dicuci oleh manusia yang tidak bertanggungjawab mencuri balak. Aku terus tercari-cari kawasan sasaran untuk dijadikan tempat melepaskan tembakan kerana aku yakin senapang aku sudah lama tidak memuntahka pelurunya. Namun sampai maghrib aku di hutan belantara itu masih lagi belum menjumpai tempat sasaran senapang aku. Aku tidak kecewa kerana tidak dapat hasil pemburuan pada hari itu, tapi apa yang mengecewakan aku ialah hutan yang menjadi hutan simpan kekal itu telah dicuri oleh manusia yng tidak bertanggungjawab dan aku juga kesal dengan sikap kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan yang aku anggap malas bekerja untuk mengawal hutan agar tidak diceroboh oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ini kerana bukan sahaja balak yang dicuri tetapi pembukaan hutan juga turut berlaku dan itulah yang aku anggap Jabatan Perhutanan malas bekerja kerana hutan simpan kekal boleh dibuka untuk tanah pertanian.
Jadi saya amat berharap agar Pihak yang bertanggungjawab membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas ke mereka yang di dapati bersalah. Di sini saya maklum kepada Jabtan Perhutanan Negeri Kelantan bahawa hutan yang diceroboh ialah di kawasan Kampung Kemuncup dalam kawasan hutan rizab kekal Temangan. Kira-kira 5 ekar tanah telah dibuka untuk pertanian dan kecurian balak di anggarkan melebihi 30 batang atau lebih dari 15tan.

No comments: