Sunday, August 31, 2008

Kelebihan Ramadhan

Sepertimana yang kita maklum bahawa setiap kali kedatangan Ramadhan, semua ummat Islam tidak sabar-sabar untuk menanti kedatangannya kerana di dalamnya mengandungi banyak kelebihan dan keistimewaan. Bagi mereka yang mengharap keimanan, mereka akan menantinya dengan penuh kesabaran dan kekusyukkan manakala bagi mereka yang mengharapkan makanan yang dijual pada bulan Ramadhan lebih enak, maka mereka akan memperolehi seperti mana yang mereka harapkan. Di dalam bulan ini Allah swt menjanjikan bahawa pada permulaannya bulan itu ialah keampunan, pertengahannya kerahmatan dan di akhirnya ialah dijauhkan dari azab api neraka.
selain itu di dalam bulan Ramadhan juga terdapat satu malam yang sekiranya kita melakukan ibadah pada malam tersebut, ibadah kita akan dinilai sepertimana ibadah seribu bulan atau 83 tahun dan 4 bulan iaitu malam Lailatul Qadr. Inilah nikmat kurniaan Allah swt kepada hamba-hambaNya yang tidak terdapat pada ummat yang lain kecuali ummat nabi Muhammad saw.
Sebagai kesimpulannya, marilah kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah swt sepanjang bulan Ramdhan yang mulia ini.
Ingat jangan lepaskan peluang iniiiii

Thursday, August 28, 2008

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...

Di saat penantian dalam hidup ini, sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan yang penuh dengan keberkatan, bulan kerahmatan dan bulan keampuanan bagi kita ummat Islam iaitu bulan Ramadhan. Bagiku kedatangannya kali ini penuh pengharapan agar aku diberi keampunan oleh Allah swt di atas kesilapan yang aku lakukan sepanjang tahun. Maklumlah diriku ini seorang insan yang tidak lari daripada melakukan dosa dan maksiat kepadaNya. Kedatangannya juga aku mengharapkan ianya lebih baik dari Ramadhan tahun lepas kerana bagiku inilah masanya untuk kita tingkatkan keimanan kepada Allah swt.
Wahai sahabat-sahabatku sekalian, ketahuilah bahawa kurniaan Ramadhan ini merupakan nikmat yang cukup besar oleh Allah swt kepada kita sebagai ummat nabi Muhammad saw yang mana ianya tidak dikurniakan kepada ummat sebelum kita walaupun puasa tetap sama seperti ummat terdahulu tetapi ganjarannya cukup berbeza. Setiap amalan sunat akan digandakan seperti amalan wajib manakala yang wajib pula akan digandakan sebanyak 70 kali ganda, inilah nikmat kurniaan Tuhan kita. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan amalan-amalan seharian kita terutamanya amalan sunat kerana inilah masanya untuk kita tingkatkan ketaqwaan kita.
sahabat-sahabatku sekalian, jadikanlah bulan Ramadhan sebagai universiti yang mengajar kuliahkuliah ibadah, tutorial iman, assignment ketaqwaan dan amali-amali agama agar kita memperolehi ijazah yang cemerlang di dunia dan di akhirat. insyaallah...
oleh itu saya menyeru diri saya dan rakan-rakan sekalian, janganlah kita melepaskan peluang untuk beramal sebanyak mungkin di bulan yang penuh dengan keberkatan ini kerana kita tidak tahu lagi adakah kita akan bertemunya lagi pada tahun hadapan. JOM BERAMAL!!!!!!!!!!!11

Tuesday, August 26, 2008

Penjelajahan Seorang Pemburu....

Sudah lama aku meninggalkan tanah kelahiranku dan kini aku menetap di utara tanah air dalam memburu hala tuju hidupku. Walaupun aku berada jauh di negeri orang tapi hatiku masih lagi teringat pada senapang patah, hutan dan binatang di negeri Cik Siti Wan Kembang. Namun sudah ditakdirkan aku menjadi pemburu di negeri orang, maka aku terpaksa akur dan redha, kerana apa yang aku jumpa di sini juga sangat-sangat berbeza dengan apa yang ada di negeri aku. Senapang yang aku guna di sini pun jauh lebih hebat berbanding dengan apa yang ada di kampungku. Ini mungkin kerana aku mudah dikenali di sini sehinggakan orang memberi kepercayaan kepada aku untuk memiliki senjata demi memburu buruan yang amat berharga dan tidak ternilai tingginya. Kini sudah hampir dua tahun aku memburu di negeri orang dan sudah dua kali masuk bulan puasa. Insyallah kali ini akan menjadi kali yang ketiga dan aku juga tidak lepaskan peluang yang ada demi mencapai matlamat aku untuk mendapatkan hasil buruan yang teramat tinggi harganya dalam Ilam..