Monday, October 13, 2008

Pilihanraya Kampus...

Bulan oktober ini kita sering diperhangatkan dengan arena ahli-ahli politik Malaysia, baik bagi kerajaan yang ditadbir oleh sebuah parti UMNO dan juga pembangkan yang diwar-warkan sebagai Pakatan Rakyat. Hari ini kehangatan politik dalam kerajaan Malaysia kerana proses peralihan tapuk kepimpinan yang dipegang oleh Perdana Menteri iaitu Abdullah kepada timbalannya,Najid tidak lama lagi. Pada bulan ini juga kita dipanaskan dengan proses pemilihan wakil-wakil untuk mengisi jawatan bagi Ahli majlis tertinggi UMNO dan sebagainya lagi. Tidak kurang juga dikalangan ahli pakatan Rakyat bahawa impian untuk mengambil alih dan menukar pentadbiran kerajaan Malaysia yang menjadi impian mereka tercapai.
Manakala diperingkat universiti juga pada bulan ini menjadi hangat memperkatakan tentang pemilihan wakil pelajar untuk keperingkat pentadbiran universiti. Memang setiap tahun pilihanraya kampus akan berlangsung di setiap universiti tempatan untuk memilih wakil-wakil daripada kalangan pelajar untuk mengisi jawatan sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar di setiap universiti. Di universiti Utara Malaysia proses penamaan calon telah berlangsung pada 12/10/2008 iaitu pada hari Ahad lau dan ramai di kalangan pelajar yang terlibat untuk menjadi calon bagi mengisi kerusi yang dipertandingkan. Di UUM apa yang saya perhatikan sepanjang meninjau proses penamaan calon baru-baru ini, memperlihatkan pertandingan sengit tiga penjuru iaitu parti Prokerajaan atau Aspirasi yang memang mengusai di setiap universiti, wakil daripada Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan wakil dari calon-calon bebas. Kehangatan itu semakin terasa kerana pilihan raya kampus akan berjalan pada 15/10/2008 iaitu pada hari Rabu ini dan UUM merupakan universiti yang pertama yang akan mengadakan pilihanraya kampus.
GPMS menghantar seramai 4 orang wakil yang terdiri daripada presidennya sendiri dan beberapa ahli MT yang lain. Manakala calon daripada Aspirasi yang sememangnya menjadi tradisi untuk menghantar wakil yang kurang berkredibilitinya kerana hampir kebanyakkan calonnya diambil kerana terdesak oleh para pegawai wakil kerajaan. Namun itulah rancangan Aspirasi yang hanya mementingkan ahlinya sahaja yang menang tanpa mengambil kira kemampuan calon-calonnya untuk menjaga kebajikan pelajar. Namun bagi calon-calon bebas pula menampakkan kesungguhan untuk berkempen bagi memenangi pilihan raya kali ini.
Semasa saya duduk di perpustakaan sultanah Bahiyah pada petang tadi, sempat juga bersembang dengan wakil calon dari GPMS yang bersungguh-sungguh untuk menjadi MPP bagi kali yang akan datang. Harapannya ialah setelah dia menjadi MPP nanti dia berjanji menjaga kebajikan pelajar UUM khususnya dan membawa imej UUM keperingkat antarabangsa. Harap-harap apa yang dijanjikannya menjadi kenyataan setelah dia menjadi MPP nanti.
Namun di UUM kali ini ada juga seorang bekas ahli MPP sesi lepas yang turut bertanding bagi mengekalkan jawatan MPP yang sedia ada. Tidak kisahlah berapa tahun dia ingin menjadi MPP tapi apa yang penting ialah dia seharusnya menjadi ahli MPP yang lebih baik daripada sebelumnya. Kalau dulu asyik dengan perempuannya maka untuk kali akan datang ini beliau lebih dengan semua mahasiswa-mahasiswa uum yang lain juga dan menjaga kebajikan pelajar-pelajar yang lain. Harapan saya untuk semua calon-calon yang akan bertanding pada kali ini ialah, ingatlah darimana kita datang, siapakah yang mencalonkan kita, dan apakah jasa kita terhadap mereka yang mencalonkan kita mambolehkan kita menang dan menjadi MPP. Ingatlah semua calon-calon yang akan menjadi MPP nanti bahawa MPP itu bukanlah majlis perwakilan PEGAWAI, tapi majlis perwakilan PELAJAR dan jagalah kebajikkan pelajar dan bukan menjaga dan menjadi ANJING pewagawi yang mengikut sahaja apa yang pegawai minta sehingga membebankan pelajar.
Semoga pilihanraya kali ini melahirkan calon-calon yang berkaliber daripada sebelumnya kerana MPP merupakan nadi pelajarnya.
Sekian..

No comments: