Sunday, April 5, 2009

syirik

Syirik.........
Syirik adalah lawan kepada Tauhid. Syirik bermaksud menyengutukan Allah sama ada dari segi RububiyyahNya, UluhiyyahNya atau nama-nama dan sifat-sifatNya. Syirik merupakan antara dosa terbesar dari dosa-dosa paling besar yang disabdakan Rasulullah s.a.w.;أَكْبَرُ الْكَبَائِرِ الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَقَتْلُ النَّفْسِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ وَقَوْلُ الزُّورِ أَوْ قَالَ وَشَهَادَةُ الزُّورِ“Dosa-dosa paling besar ialah;1. Mensyirikkan Allah2. Membunuh manusia3. Menderhakai dua ibu-bapa4. Memberi kesaksian palsu/dusta”.(Hadis riwayat Imam Bukhari dari Anas r.a.)Bahkan orang yang mati dalam keadaan mensyirikkan Allah sekali-kali tidak akan mendapat keampunan Allah di akhirat sebagaimana firmanNya;إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar”. (an-Nisa’: 48)Luqman dalam wasiatnya kepada anaknya telah berpesan;وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَابُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (Allah) sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”. (Luqman: 13)Sabda Rasulullah s.a.w.;من مات وهو يدعو من دون الله ندا دخل النار“Sesiapa mati dalam keadaan ia menyeru selain Allah sebagai sekutuNya (yakni mati dalam keadaan mensyirikkan Allah), maka ia akan masuk neraka”. (Riwayat Imam Bukhari dari Ibnu Mas’ud r.a.)من مات لا يشرك بالله شيئاً دخل الجنة، ومن مات يشرك به شيئاً دخل النار“Sesiapa bertemu Allah dalam keadaan tidak pernah mensyirikkanNya dengan sesuatu apapun akan masuk syurga. Sesiapa bertemu Allah dengan mensyirikkannya dengan sesuatu, akan masuk neraka”. (Riwayat Imam Muslim dari Jabir r.a.)Jenis-jenis SyirikTerdapat dua jenis syirik melihat kepada kesannya kepada aqidah....Baca lagi http://mysenapangpatah.blogspot.com/2009/04/syirik.html

Sunday, February 8, 2009

Politik Di Perak.

Bulan ini kita dikecohkan tentang ketidakstabilan politik di negeri Perak yang memeningkan rakyat jelata. Heboh di Malaysia memperkatakan tentang siapakah sebenarnya yang memerintah negeri itu, adakah dari Pakatan Rakyat atau dari BN-UMNO? Persoalan ini yang hangat kita dengar pada bulan ini. Namun begitu, kutuk mengutuk, kata mengata seringkali kita dengar di kalangan ahli politik dan mereka tidak langsung mencari jalan penyelesaian yang tepat berhubung isu perebutan jawatan pemerintah negeri. Hal ini akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan hak kebajikan rakyat tidak terjaga kerana masing-masing tengah berebut jawatan pemerintah dan tidak menjalankan tanggung jawab yang sepatutnya sepertimana yang dikehendaki oleh rakyat.

Dalam kekecohan itu juga campur tangan sultan Perak timbul bagi memastikan kestabilan politik berjalan dengan baik, namaun sebelum saya menghuraikan pandangan saya, terlebih dahulu saya memohon ampun kepada kebawah duli yang maha mulia Sultan Perak dan patik mohon izin untuk menyatakan pandangan patik sebagai rakyat tuanku. Tuanku sepatutnya tidak memihak kepada mana-mana parti politik kerana semua parti politik di dalam dengeri Perak adalah terdiri daripada rakyat tuanku, baik UMNO ataupun Pakatan Rakyat. Campur tangan tuanku sebenarnya akan menjejaskan emej tuanku sebagai sultan. Tuanku sepatutnya adil dalam menentukan siapakah yang layak untuk memerintah negeri tuanku dan keadilan ini pasti wujud sekiranya tuanku memberi peluang kepada rakyat Perak untuk menentukan siapakah yang mereka ingin untuk menjadi pemimpin mereka, dengan maksud yang lebih mudah, tuanku sepatutnya membubarkan DUN dan mengadakan pilhanraya yang baru dan memberi peluang kepada rakyat Perak untuk memilih pemimpin mereka. Sekiranya tuanku yang memihak kepada mana-mana parti politik, patik yakin keputusan tuanku itu akan memberi beban dan penderitaan kepada seluruh rakyat Perak kerana rakyat tuanku yang layak memilih pemimpin mereka.

Parti UMNO-BN sepatutnya tidak berselindung di sebalik kuasa Istana dengan harapan kerajaan yang baru itu di buat atas persetujuan istana. Namun begitu, untuk pengetahuan UMNO, tidak ada kuasa perlembagaan yang membenarkan kuasa seorang menteri besar itu lucut dengan arahan istana. Undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Perak hanya membenarkan kuasa menteri besar itu akan lucut sekiranya perletakkan jawatan secara suka rela dan tiada paksaan atau arahan daripada mana-mana pihak dan wujud undi tidak percaya dikalangan ahli dewan undangan negeri kepada menteri besar. Dengan ini memanglah sah UMNO berselindung di sebalik institusi beraja.

Bagi Pakatan Rakyat pula tidak sepatutnya menyaman Sultan kerana itu perbuatan menghina kewibawaan seorang Sultan. Sepatutnya keputusan yang dibuat oleh pihak sultan itu seharusnya diterima pakai dan sekiranya tidak berpuas hati juga perlulah merujuk kepada Institusi Kehakiman dan memberi peluang kepada Mahkamah untuk menentukan siapa yang benar. Sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah, bolehlah membuat petisyen dengan menghantar memorendum kepada Yang Dipertuan Agong kerana inilah cara kita berinteraksi dalam mencari jalan penyelesaian tanpa ada sebarang kekecohan dalam negara. Rakyat tidak sepatutnya menyaman Sultan di mahkamah kerana perbuatan tersebut akan memalukan insitusi beraja di negara kita.

Bagi mufti atau orang bijak pandai pula, tidak memutarbelitkan fakta dengan isu ini demi memihak kepada sesebuah parti politik. Mufti sepatutnya menjada Kemualiaan Agama dan bukan menjaga kepentingan sesebuah parti politik. Ini kerana ia juga akan menjatuhkan maruah Kesucian Agama dan kewibawaan ulama kita. Lebih baik kita sebagai mufti ini memikirkan bagai mana untuk memajukan rakyat daripa melakukan maksiat daripada kita membela sesebuah parti politik untuk menjaga kedudukan dan jawatan sahaja.

Kesimpulannya, sepatutnya kuasa yang menentukan siapakah yang layak untuk memerintah perak ini deberi peluang kepada rakyat untuk membuat keputusan mereka.

Sekian.

Sunday, December 28, 2008

HUDUD PERLU RUJUK ULAMA'

Baru-baru ini negara dikecohkan dengan kenyataan yang dikelauarkan oleh pakatan pembangkang terutama oleh parti PAS yang ingin melaksanakan dasar perjuangannya untuk menjadikan negara ini sebuah negara Islam yang mana undang-undang berdasarkan hukum HUDUD. Namun dalam pakatan pembangkan itu wujud juga penentangan oleh parti bukan Islam yang tidak sehaluan dalam pelaksaan hukum hudud ini dan memang sesuailah kerana mereka bukan Islam dan mereka tidak membaca Al- Quran.
Dalam kehangatan itu juga yang menghairankan penembak ialah orang Islam itu sendiri yang menolak hukum Islam ini. Kalau keadaan sedemikian wujud maka layaklah kita mengatakan orang yang menentang hukum Islam ini bukan lagi orang Islam dan perkataan yang sesuai dan sangat sesuai ialah KAFIR.
Baru-baru ini debat yang berkaitan hukum hudud yang dilaksanakan di Balai Islam Lundang Kota Bharu, pendebatnya memang tidak asing lagi bagi kita kerana mereka berdua merupakan ahli politik negara, bagi penembak kedua-dua ini tidak beberapa arif tentang hukum hudud namun yang membezakan mereka berdua ini ialah idealogi yang mana seorang ni ingin melaksanakan hukum Allah swt (hudud) manakala seorang lagi ini sudahlah jahil tetapi terang-terang menolak hukum Allah swt. Dalam perdebatan mereka itu memanglah bagi penembak tajuknya tidak sesuai kerena mereka berdua bukan dari ahlinya. Tajuk tersebut seharusnya dibincang dikalangan ulama' ataupun orang yang arif tentang hukum Allah swt barulah kesesuainan dan keadilan itu deketahui umum. Namun apa yang menyedihkan penembak ialah yang seorang ni, kerana pangkat dan dunia sanggup menolak dan melawan hukum Allah swt dan penembak mendoakan semoga Allah swt membuka pintu hatinya untuk sama-sama menjadi manusia yang membela hukum Allah swt.
Dalam kejahilan ilmu penembakpun, penembak tahu yang mana hukum hudud ini adalah amat sesuai dilaksanakan dibumi Allah swt ini kerana Dia yang menjadikan dunia ini dan Dialah yang mengetahui hukum hakam yang terbaik untuk dilaksanakan. Kita tidak payah masuk Kristian, Yahudi dan Nasrani, tetapi kita hanya menolak hukum Allah swt bererti kita sama macam dengan Kristian, Yahudi dan Nasrani.
Fikir-fikirkan kerana kita ada akal yang mampu berfikir, ingatlah Allah swt akan tanya akal kita nanti apakah kita guna untuk berfikir perkara yang sepatutnya atau perkara yang tidak sepatutnya.

Saturday, November 1, 2008

Senjata Israel...

Israel merupakan musuh utama ummat Islam dari dahulu sampai hari kiamat. Ini di jelaskan oleh Allah swt di dalam al-Quran. Firman Allah swt yang bermaksud " Sesungguhnya orang Yahudi dan Nasrani tidak meredhakan kamu wahai Muhammad sehingga kamu mengikut jejak langkah mereka".

Sebenarnya tentera-tentera israel ini semuanya penakut dan pengecut dan mereka tidak ada keberanian langsung. Kekuatan mereka hanya terletak pada kecanggihan senjata yang mereka gunakan sahaja. Ini dibuktikan apabila mereka yang jumlahnya ramai hampir 2000 orang dan bertempur dengan tentera Hizbullah yang jumlahnya hanya 300 orang, namun mereka tewas. Ini menunjukkan bahawa mereka sangat penakut dan tidak berani untuk bertempur dengan tentera Islam yang sanggup syahid.

Ini merupakan gambar senjata mereka yang terbaru yang canggih:









model pistol yang ditembak secara sembunyi.

















model pelancar granite











Tentera Israel menggunakan pelancar roket yang direka khas.











Tentera Israel menggunakan model pistol yang diubahsuai













Tentera Israel menggunakan model HKMP-5 yang diubah suai..






Saturday, October 25, 2008

Bila Hati Mula Busuk...

Tatkala aku membawa senapang aku, aku berjumpa dengan seseorang di dalam hutan yang turut memburu, cuma bezanya dia hanya memasang jerat dan menggunakan alat-alat memburu yang kebanyakkan pemburu hari ini tidak lagi menggunakannya. Namun apabila melihat aku bersama senapang aku, dia terus kata pada aku bahawa hutan ini terkawal dan tidak boleh memburu, padahal dia juga memburu. Aku memburu dengan lesen yang sah, manakala dia belum tentu ada lesen kerana alat yang digunakan pun tidak berdaftar dengan jabatan perhilitan.
Tatkala itu aku baru teringat bahawa dia hanyalah dengki kerana takut semua binatang yang ada dalam hutan ini habis ditembak oleh aku. Aku bukannya gila sangat nk tembak semua binatang kerana peluru yang aku bawa pun just hanya untuk menembak 35 das sahaja. Aku pun teringat bahawa bila sifat dengki itu muncul dalam diri seseorang, maka dia sanggup membenci dan memusuhi orang lain hatta adik beradik sendiri. Ini apa yang dipesan oleh umie aku semasa aku berada di luar negeri bahawa kita jangan sesekali mempunyai perasaan dengkin dan jika ia muncul dalam hidup kita.terus kita buangkan agar ia tidak merebak ke tempat yang lain takut-takut nanti menjadi lebih parah.
Berbalik kepada kisah ku di luar negeri, aku berkenalan dengan seseorang yang ada jawatan yang tinggi daripada aku, namun kerana sifat sombongnya itu aku yang tidak ada kepentingan ini pun turut di tindas olehnya. walaupun aku bersedih tapi bernasib baik ada juga orang lain yang masih memerlukan aku sehingga kau terkanal sekarang...

Sunday, October 19, 2008

Ekspo Konvoesyen UUM Lesu...

Ekspo konvokesyen UUM kali ke- 21 sesi kedua yang bermula pada 17 - 21 Oktober 2008 kurang mendapat sambutan daripda pelbagai pihak. Ini termasuk gerai jualan yang semain berkurangan berbanding dengan sesi 1 dahulu. Selain itu kunjungan ke tapak jualan juga tidaklah memberansangan. Menurut seorang peniaga di tapak ekspo, kunjungan daripada orang ramai ke gerainya amat berkurang jika berbanding dengan sesi yang lepas. Ini mungkin pihak peniaga mengalam kerugian yang banyak dan tidak mampu mengembalikan modal kerana sewa tapak jualan pun semakin meningkat.
Namun apa yang saya rasa ekspo konvokesyen kali ini kurang mendapat sambutan adalah kerana ini sesi ke 2 dan jumlah yang datang untuk menerima ijazah pun sedikit bermakna kunjungan orang ramai ke gerai berkurangan. Selain itu pelajar uum sendiri kurang mengunjungi gerai mungkn kerana sekarang ini sudah akhir semester dan mungkin duit pun berkurangan. Tambahan sudah dekat dengan waktu peperiksaan akhir semester. Jadi banyak faktor yang boleh dikatakan punca kepada kurangnya kunjungan ke gerai karnival konvokesyen kali ini.
Namun apa yang mengharapkan kita semua ialah, walaupun kunjungan berkurangan kali ini tetapi kita lebih tumpukan perhatian kepada pembelajaran kita kerana ijazah bukan dinilai kepada kejayaan ekspo konvokesyen kita tetapi kepada kejayaan akademik dan pengajian kita selama mana kita berada di universiti.
Oleh itu marilah kita semua bangkit untuk terus maju dalam segenap aspek yang kita ceburi.

Saturday, October 18, 2008

Pemilihan MPP UUM

Proses pemilihan mpp uum tahun ini (2008/2009) memperlihatkan hanya sebilangan pelajar sahaja yang sudi menawarkan diri untuk menjadi mpp uum kali ini. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya yang boleh dikatakan ramai calon yang sudi untuk bertanding bagi merebut jawatan mpp. Namun tahun ini hanya 13 dari calon untuk merebut 11 kerusi umum manakala 32 calon untuk merebut 24 kerusi dari kolej akademik CAS, COLGOS, COB.
Peratus pengundian tahun ini dikatakan meningkat berbanding tahun lepas setelah tindakan yang diambik oleh pihak timbalan naib canselor hal ehwal pelajar, iaitu kepada pelajar yang tidak turun mengundi hendaklah menghantar surat tunjuk sebab kepada TNC HEP. Oleh sebab yang demikian ramai pelajar uum yang turun membuang undi pada kali ini namun disebalik peningkatan jumlah pengundi itu peningkatan pada jumlah undi rosak turut meningkat. Ini menunjukkan protes yang dibuat oleh pelajar uum terhadap Jabatan Hal Ehwal Pelajar ataupun pihak pentadbiran universiti. Ini merupakan protes peribadi terhadap HEP kerana kebanyakan kebajikan pelajar uum kurang diambil perhatiaan oleh pihak HEP malah pihak pentadbiran uum hanya tertumpu kepada melaksanakan projek-projek untuk meningkatkan nama universiti. Dari segi menjaga kebajikan dan meningkatkan nama pelajar kurang diberi tumpuan oleh pihak HEP UUM kerana bagi mereka melaksanaka projek akan meningkatkan nama universiti sedangkan sekiranya mereka menjaga kebajikan dan akademik pelajar turut meningkatkan imej universiti di mata dunia kerana pada hari ini org tidak lagi melihat berapa projek yang kita penah buat tetapi kebanyakkan orang menilai kemajuan kita ialah berapa jumlah pelajar yang mendapat ijazah kelas satu atas atau 4.0.
Jadi untuk pilihan raya kali ini ramai yang membuat undian rosak dan mereka tidak mahu mengundi sebab kebanyakkan pelajar yang turun mengundi itu mereka tidak mengenali calon-calon mereka dan akhirnya mereka yang menang pilihan raya tidak langsung menjaga kebajikan mereka. Malah yang lebih parah lagi ialah MPP itu dijadikan slogan dan hanya pada nama semata-mata. Apa yang dibuat oleh ahli majlis MPP itu ialah Majlis Perwakilan Pegawai yang mana mereka tidak menghiraukan rakan-rakan pelajar yang lain, tetapi mereka lebih menjaga hak-hak pegawai. Akhirnya kebajikan pelajar yang mengundi mereka tidak terjaga dan tidak diambil tahu langsung. Apa yang mereka jaga ialah hati pegawai takut-takut mereka tidak mendapat keputusan untuk subjek MPP itu gagal.
Oleh yang demikian timbullah mpp yang propegawai sehingga ada yang sanggup menghina rakan sejawatan sendiri untuk mengampu pegawai yang mereka inilah yang terbaik dan yang rajin membantu pegawai. Ada juga yang sanggup menjadi tali barut pegawai dan bermuka-muka dengan rakan sejawatan mereka kerana ingin mendapat anugerah dan pujian dari pegawai.
Namun nasihat saya kepada MPP yang baru dilantik ini ialah mereka menjaga kebajikan pelajar yang turun mengundi mereka untuk melantik mereka sebagai wakil kepada pihak pengurusan univeristi. MPP yang baru ini harus mendengar dan menimbang permintaan pelajar dahulu berbanding dengan permintaan dan mendengar kehendak pegawai.
sekian terima kasih