Saturday, October 25, 2008

Bila Hati Mula Busuk...

Tatkala aku membawa senapang aku, aku berjumpa dengan seseorang di dalam hutan yang turut memburu, cuma bezanya dia hanya memasang jerat dan menggunakan alat-alat memburu yang kebanyakkan pemburu hari ini tidak lagi menggunakannya. Namun apabila melihat aku bersama senapang aku, dia terus kata pada aku bahawa hutan ini terkawal dan tidak boleh memburu, padahal dia juga memburu. Aku memburu dengan lesen yang sah, manakala dia belum tentu ada lesen kerana alat yang digunakan pun tidak berdaftar dengan jabatan perhilitan.
Tatkala itu aku baru teringat bahawa dia hanyalah dengki kerana takut semua binatang yang ada dalam hutan ini habis ditembak oleh aku. Aku bukannya gila sangat nk tembak semua binatang kerana peluru yang aku bawa pun just hanya untuk menembak 35 das sahaja. Aku pun teringat bahawa bila sifat dengki itu muncul dalam diri seseorang, maka dia sanggup membenci dan memusuhi orang lain hatta adik beradik sendiri. Ini apa yang dipesan oleh umie aku semasa aku berada di luar negeri bahawa kita jangan sesekali mempunyai perasaan dengkin dan jika ia muncul dalam hidup kita.terus kita buangkan agar ia tidak merebak ke tempat yang lain takut-takut nanti menjadi lebih parah.
Berbalik kepada kisah ku di luar negeri, aku berkenalan dengan seseorang yang ada jawatan yang tinggi daripada aku, namun kerana sifat sombongnya itu aku yang tidak ada kepentingan ini pun turut di tindas olehnya. walaupun aku bersedih tapi bernasib baik ada juga orang lain yang masih memerlukan aku sehingga kau terkanal sekarang...

Sunday, October 19, 2008

Ekspo Konvoesyen UUM Lesu...

Ekspo konvokesyen UUM kali ke- 21 sesi kedua yang bermula pada 17 - 21 Oktober 2008 kurang mendapat sambutan daripda pelbagai pihak. Ini termasuk gerai jualan yang semain berkurangan berbanding dengan sesi 1 dahulu. Selain itu kunjungan ke tapak jualan juga tidaklah memberansangan. Menurut seorang peniaga di tapak ekspo, kunjungan daripada orang ramai ke gerainya amat berkurang jika berbanding dengan sesi yang lepas. Ini mungkin pihak peniaga mengalam kerugian yang banyak dan tidak mampu mengembalikan modal kerana sewa tapak jualan pun semakin meningkat.
Namun apa yang saya rasa ekspo konvokesyen kali ini kurang mendapat sambutan adalah kerana ini sesi ke 2 dan jumlah yang datang untuk menerima ijazah pun sedikit bermakna kunjungan orang ramai ke gerai berkurangan. Selain itu pelajar uum sendiri kurang mengunjungi gerai mungkn kerana sekarang ini sudah akhir semester dan mungkin duit pun berkurangan. Tambahan sudah dekat dengan waktu peperiksaan akhir semester. Jadi banyak faktor yang boleh dikatakan punca kepada kurangnya kunjungan ke gerai karnival konvokesyen kali ini.
Namun apa yang mengharapkan kita semua ialah, walaupun kunjungan berkurangan kali ini tetapi kita lebih tumpukan perhatian kepada pembelajaran kita kerana ijazah bukan dinilai kepada kejayaan ekspo konvokesyen kita tetapi kepada kejayaan akademik dan pengajian kita selama mana kita berada di universiti.
Oleh itu marilah kita semua bangkit untuk terus maju dalam segenap aspek yang kita ceburi.

Saturday, October 18, 2008

Pemilihan MPP UUM

Proses pemilihan mpp uum tahun ini (2008/2009) memperlihatkan hanya sebilangan pelajar sahaja yang sudi menawarkan diri untuk menjadi mpp uum kali ini. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya yang boleh dikatakan ramai calon yang sudi untuk bertanding bagi merebut jawatan mpp. Namun tahun ini hanya 13 dari calon untuk merebut 11 kerusi umum manakala 32 calon untuk merebut 24 kerusi dari kolej akademik CAS, COLGOS, COB.
Peratus pengundian tahun ini dikatakan meningkat berbanding tahun lepas setelah tindakan yang diambik oleh pihak timbalan naib canselor hal ehwal pelajar, iaitu kepada pelajar yang tidak turun mengundi hendaklah menghantar surat tunjuk sebab kepada TNC HEP. Oleh sebab yang demikian ramai pelajar uum yang turun membuang undi pada kali ini namun disebalik peningkatan jumlah pengundi itu peningkatan pada jumlah undi rosak turut meningkat. Ini menunjukkan protes yang dibuat oleh pelajar uum terhadap Jabatan Hal Ehwal Pelajar ataupun pihak pentadbiran universiti. Ini merupakan protes peribadi terhadap HEP kerana kebanyakan kebajikan pelajar uum kurang diambil perhatiaan oleh pihak HEP malah pihak pentadbiran uum hanya tertumpu kepada melaksanakan projek-projek untuk meningkatkan nama universiti. Dari segi menjaga kebajikan dan meningkatkan nama pelajar kurang diberi tumpuan oleh pihak HEP UUM kerana bagi mereka melaksanaka projek akan meningkatkan nama universiti sedangkan sekiranya mereka menjaga kebajikan dan akademik pelajar turut meningkatkan imej universiti di mata dunia kerana pada hari ini org tidak lagi melihat berapa projek yang kita penah buat tetapi kebanyakkan orang menilai kemajuan kita ialah berapa jumlah pelajar yang mendapat ijazah kelas satu atas atau 4.0.
Jadi untuk pilihan raya kali ini ramai yang membuat undian rosak dan mereka tidak mahu mengundi sebab kebanyakkan pelajar yang turun mengundi itu mereka tidak mengenali calon-calon mereka dan akhirnya mereka yang menang pilihan raya tidak langsung menjaga kebajikan mereka. Malah yang lebih parah lagi ialah MPP itu dijadikan slogan dan hanya pada nama semata-mata. Apa yang dibuat oleh ahli majlis MPP itu ialah Majlis Perwakilan Pegawai yang mana mereka tidak menghiraukan rakan-rakan pelajar yang lain, tetapi mereka lebih menjaga hak-hak pegawai. Akhirnya kebajikan pelajar yang mengundi mereka tidak terjaga dan tidak diambil tahu langsung. Apa yang mereka jaga ialah hati pegawai takut-takut mereka tidak mendapat keputusan untuk subjek MPP itu gagal.
Oleh yang demikian timbullah mpp yang propegawai sehingga ada yang sanggup menghina rakan sejawatan sendiri untuk mengampu pegawai yang mereka inilah yang terbaik dan yang rajin membantu pegawai. Ada juga yang sanggup menjadi tali barut pegawai dan bermuka-muka dengan rakan sejawatan mereka kerana ingin mendapat anugerah dan pujian dari pegawai.
Namun nasihat saya kepada MPP yang baru dilantik ini ialah mereka menjaga kebajikan pelajar yang turun mengundi mereka untuk melantik mereka sebagai wakil kepada pihak pengurusan univeristi. MPP yang baru ini harus mendengar dan menimbang permintaan pelajar dahulu berbanding dengan permintaan dan mendengar kehendak pegawai.
sekian terima kasih

Monday, October 13, 2008

Pilihanraya Kampus...

Bulan oktober ini kita sering diperhangatkan dengan arena ahli-ahli politik Malaysia, baik bagi kerajaan yang ditadbir oleh sebuah parti UMNO dan juga pembangkan yang diwar-warkan sebagai Pakatan Rakyat. Hari ini kehangatan politik dalam kerajaan Malaysia kerana proses peralihan tapuk kepimpinan yang dipegang oleh Perdana Menteri iaitu Abdullah kepada timbalannya,Najid tidak lama lagi. Pada bulan ini juga kita dipanaskan dengan proses pemilihan wakil-wakil untuk mengisi jawatan bagi Ahli majlis tertinggi UMNO dan sebagainya lagi. Tidak kurang juga dikalangan ahli pakatan Rakyat bahawa impian untuk mengambil alih dan menukar pentadbiran kerajaan Malaysia yang menjadi impian mereka tercapai.
Manakala diperingkat universiti juga pada bulan ini menjadi hangat memperkatakan tentang pemilihan wakil pelajar untuk keperingkat pentadbiran universiti. Memang setiap tahun pilihanraya kampus akan berlangsung di setiap universiti tempatan untuk memilih wakil-wakil daripada kalangan pelajar untuk mengisi jawatan sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar di setiap universiti. Di universiti Utara Malaysia proses penamaan calon telah berlangsung pada 12/10/2008 iaitu pada hari Ahad lau dan ramai di kalangan pelajar yang terlibat untuk menjadi calon bagi mengisi kerusi yang dipertandingkan. Di UUM apa yang saya perhatikan sepanjang meninjau proses penamaan calon baru-baru ini, memperlihatkan pertandingan sengit tiga penjuru iaitu parti Prokerajaan atau Aspirasi yang memang mengusai di setiap universiti, wakil daripada Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan wakil dari calon-calon bebas. Kehangatan itu semakin terasa kerana pilihan raya kampus akan berjalan pada 15/10/2008 iaitu pada hari Rabu ini dan UUM merupakan universiti yang pertama yang akan mengadakan pilihanraya kampus.
GPMS menghantar seramai 4 orang wakil yang terdiri daripada presidennya sendiri dan beberapa ahli MT yang lain. Manakala calon daripada Aspirasi yang sememangnya menjadi tradisi untuk menghantar wakil yang kurang berkredibilitinya kerana hampir kebanyakkan calonnya diambil kerana terdesak oleh para pegawai wakil kerajaan. Namun itulah rancangan Aspirasi yang hanya mementingkan ahlinya sahaja yang menang tanpa mengambil kira kemampuan calon-calonnya untuk menjaga kebajikan pelajar. Namun bagi calon-calon bebas pula menampakkan kesungguhan untuk berkempen bagi memenangi pilihan raya kali ini.
Semasa saya duduk di perpustakaan sultanah Bahiyah pada petang tadi, sempat juga bersembang dengan wakil calon dari GPMS yang bersungguh-sungguh untuk menjadi MPP bagi kali yang akan datang. Harapannya ialah setelah dia menjadi MPP nanti dia berjanji menjaga kebajikan pelajar UUM khususnya dan membawa imej UUM keperingkat antarabangsa. Harap-harap apa yang dijanjikannya menjadi kenyataan setelah dia menjadi MPP nanti.
Namun di UUM kali ini ada juga seorang bekas ahli MPP sesi lepas yang turut bertanding bagi mengekalkan jawatan MPP yang sedia ada. Tidak kisahlah berapa tahun dia ingin menjadi MPP tapi apa yang penting ialah dia seharusnya menjadi ahli MPP yang lebih baik daripada sebelumnya. Kalau dulu asyik dengan perempuannya maka untuk kali akan datang ini beliau lebih dengan semua mahasiswa-mahasiswa uum yang lain juga dan menjaga kebajikan pelajar-pelajar yang lain. Harapan saya untuk semua calon-calon yang akan bertanding pada kali ini ialah, ingatlah darimana kita datang, siapakah yang mencalonkan kita, dan apakah jasa kita terhadap mereka yang mencalonkan kita mambolehkan kita menang dan menjadi MPP. Ingatlah semua calon-calon yang akan menjadi MPP nanti bahawa MPP itu bukanlah majlis perwakilan PEGAWAI, tapi majlis perwakilan PELAJAR dan jagalah kebajikkan pelajar dan bukan menjaga dan menjadi ANJING pewagawi yang mengikut sahaja apa yang pegawai minta sehingga membebankan pelajar.
Semoga pilihanraya kali ini melahirkan calon-calon yang berkaliber daripada sebelumnya kerana MPP merupakan nadi pelajarnya.
Sekian..

Sunday, October 5, 2008

Mencari Sasaran.....

Selepas solat asar pada petang sabtu sebelum raya, aku keluar bersama senapang patah laras satu milik sendiri. Hajat hati ingin menembak sang pelanduk untuk buat rendang masa raya nanti. Tiba sahaja dekat hutan simpan, aku memasukkan penabur no 4 jenis Rimba ke dalam barrel dan terus menuju ke hutan. Bila masuk ke hutan aku melihat sekeliling dan perasaan aku berubah kerana hutan yang dahulunya tidak diganggu kini bertukar menjadi tempat penebangan balak haram. Aku yakin bahawa tiada lagi binatang seperti pelanduk untuk aku tembak kerana babi pun takut untuk tinggal di kawasan yang terang benderang dicuci oleh manusia yang tidak bertanggungjawab mencuri balak. Aku terus tercari-cari kawasan sasaran untuk dijadikan tempat melepaskan tembakan kerana aku yakin senapang aku sudah lama tidak memuntahka pelurunya. Namun sampai maghrib aku di hutan belantara itu masih lagi belum menjumpai tempat sasaran senapang aku. Aku tidak kecewa kerana tidak dapat hasil pemburuan pada hari itu, tapi apa yang mengecewakan aku ialah hutan yang menjadi hutan simpan kekal itu telah dicuri oleh manusia yng tidak bertanggungjawab dan aku juga kesal dengan sikap kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan yang aku anggap malas bekerja untuk mengawal hutan agar tidak diceroboh oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ini kerana bukan sahaja balak yang dicuri tetapi pembukaan hutan juga turut berlaku dan itulah yang aku anggap Jabatan Perhutanan malas bekerja kerana hutan simpan kekal boleh dibuka untuk tanah pertanian.
Jadi saya amat berharap agar Pihak yang bertanggungjawab membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas ke mereka yang di dapati bersalah. Di sini saya maklum kepada Jabtan Perhutanan Negeri Kelantan bahawa hutan yang diceroboh ialah di kawasan Kampung Kemuncup dalam kawasan hutan rizab kekal Temangan. Kira-kira 5 ekar tanah telah dibuka untuk pertanian dan kecurian balak di anggarkan melebihi 30 batang atau lebih dari 15tan.