Thursday, August 28, 2008

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...

Di saat penantian dalam hidup ini, sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan yang penuh dengan keberkatan, bulan kerahmatan dan bulan keampuanan bagi kita ummat Islam iaitu bulan Ramadhan. Bagiku kedatangannya kali ini penuh pengharapan agar aku diberi keampunan oleh Allah swt di atas kesilapan yang aku lakukan sepanjang tahun. Maklumlah diriku ini seorang insan yang tidak lari daripada melakukan dosa dan maksiat kepadaNya. Kedatangannya juga aku mengharapkan ianya lebih baik dari Ramadhan tahun lepas kerana bagiku inilah masanya untuk kita tingkatkan keimanan kepada Allah swt.
Wahai sahabat-sahabatku sekalian, ketahuilah bahawa kurniaan Ramadhan ini merupakan nikmat yang cukup besar oleh Allah swt kepada kita sebagai ummat nabi Muhammad saw yang mana ianya tidak dikurniakan kepada ummat sebelum kita walaupun puasa tetap sama seperti ummat terdahulu tetapi ganjarannya cukup berbeza. Setiap amalan sunat akan digandakan seperti amalan wajib manakala yang wajib pula akan digandakan sebanyak 70 kali ganda, inilah nikmat kurniaan Tuhan kita. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan amalan-amalan seharian kita terutamanya amalan sunat kerana inilah masanya untuk kita tingkatkan ketaqwaan kita.
sahabat-sahabatku sekalian, jadikanlah bulan Ramadhan sebagai universiti yang mengajar kuliahkuliah ibadah, tutorial iman, assignment ketaqwaan dan amali-amali agama agar kita memperolehi ijazah yang cemerlang di dunia dan di akhirat. insyaallah...
oleh itu saya menyeru diri saya dan rakan-rakan sekalian, janganlah kita melepaskan peluang untuk beramal sebanyak mungkin di bulan yang penuh dengan keberkatan ini kerana kita tidak tahu lagi adakah kita akan bertemunya lagi pada tahun hadapan. JOM BERAMAL!!!!!!!!!!!11

No comments: